Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan. Sesetengah orang menguap kalau rasa bosan.
Kenapa menguap boleh berjangkit?
Tengok orang lain menguap, kita pun nak menguap ye….ooopppp…tutup mulut dulu.
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.
Itu teori dari barat. Rasulullah s. a. w. juga mengajar kita adab menguap
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
p/s: kalau tutup mulut dengan tangan kanan, gunakan tapak tangan. Kalau guna tangan kiri, gunakan belakang tapak tangan ( kekura tangan ).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih ^_^