Assalammualaikum Semua..
Dedikasi khas untuk rakan-rakan, tak kira sama ada yang belum berkahwin, yang
sudah bertunang dan yang sudah berkahwin. Semoga ia dapat memberi panduan dalam hidup berumahtangga kepada kite semua ^_^
Nasihat Umamah binti Al-Harith kepada puterinya, Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam perkahwinannya. ~~Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya tercipta~~
- Nasihat yang pertama dan kedua: Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
- Nasihat ketiga dan keempat: Sentiasalah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
- Nasihat kelima dan keenam: Sentiasalah engkau memperhaikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.
- Nasihat yang ketujuh dan kelapan: Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.
- Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh: Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
( Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni)#
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih ^_^