INFO

Thursday, 10 January 2013

10 Tahun


Bercinta dengan lelaki lebih berusia??

Cinta tidak mengenal usia, bangsa, negara dan perasaan cinta itu tiada batas. Salahkah mempunyai kekasih yang jarak usianya jauh lebih muda atau lebih tua dari korang? Tidak salah asalkan korang tidak menggangu kebahagiaan orang lain. Apa yang penting di dalam perkara ini adalah persepsi korang terhadap erti sebuah perhubungan.

Biarlah berbeza jarak usia asalkan korang tetap mencintai antara satu sama lain. Ianya tidak salah. Cinta itu sesuatu yang sangat luas pengertiannya. Asalkan tidak melampaui batas batas norma masyarakat dan agama, tiada masalah sebenarnya untuk korang bercinta dengan seseorang yang jauh lebih tua atau lebih muda.

Jangan risaukan kata kata orang, kerana yang bercinta itu korang, bukannya mereka. Pendapat yang baik, ambillah dengan hati yang terbuka manakala buanglah kritikan yang menghina dan menjatuhkan korang. Atasi semuanya dengan buat tidak tahu saja. Lama kelamaan persepsi buruk orang terhadap korang dan pasangan akan hilang juga nanti ditelan masa.

Apa yang sebenarnya korang perlu fikirkan adalah cara untuk membuatkan hubungan korang pasangan makin mesra dan serasi biarpun berlainan era usia. Ada yang senang bercinta dengan lelaki muda dan ada juga yang tidak kisah bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Itu semua terpulang kepada individu. Korang yang bercinta jadi koranglah yang perlu bertanggungjawab di atas cinta itu. Seperti juga dengan pasangan pasangan yang lain, korang juga tidak akan terlepas daripada masalah. Dan rasanya masalah korang yang utama adalah masalah pemikiran yang berbeza.

Pada pendapat aku yang tak seberapa ni.TAK SALAH. orang yang lebih berusia lebih matang dan punya keistimewaannya tersendri. Aku sebagai contoh orang yang sekarang tengah berkasih dengan orang yang lebih berusia.Aku 22 dan my boyfie 32.. Perbezaan jarak yg jauh gak la 10 tahun...

Keistimewaanya:
  •  Matang
  • Sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan
  • Lebih penyayang
  • Ambil berat
  • Memahami
     

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih ^_^

Welcome

SELAMAT DATANG...TERIMA KASIH....JUMPA LAGI

About Me

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Namaku Nur Fasrah Asro, sy adalah seorang pelajar jurusan Teknologi Komputer Rangkaian di Institut Latihan Industri Kuala Langat (ILPKLS).