Assalammualaikum...
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال :إيّاكم والظّنّ فإنّ الظّنّ أكذب الحديث
( متفق عليه)
Daripada Abu Hurairah, NABI SAW bersabda : “ Berhati-hatilah kamu
daripada berperasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. “
( Muttafaqun Alaih )
Ulasan Hadis :
1. Di
dalam Hadis ini NABI SAW telah berpesan kepada kita agar berhati-hati
dengan prasangka yang buruk terhadap seseorang.
2.
Berprasangka yang terlarang adalah prasangka buruk dan ianya boleh
menimbulkan dosa, manakala prasangka yang baik tidak mendatangkan dosa
dan dibenarkan. Contohnya jika seseorang yang telah berjanji tetapi
tidak dapat menepatinya, lalu kita meletakkan sangkaan baik, kemungkinan
dia ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
3.
Pergaduhan, perselisihan dan kerenggangan hati sesama kita sering
tercetus akibat daripada prasangka buruk bila berlaku sesuatu yang
menyalahi kehendak kita, masalah kecil menjadi besar, kadang-kadang
sesuatu kebaikan yang dibuat oleh saudara kita juga diletakkan prasangka
yang buruk, apatah lagi sesuatu yang buruk bertambah lagilah prasangka
tidak baik kita letakkan pada saudara kita.
4. Apabila
kita berhadapan dengan sikap saudara kita yang tidak baik, maka kita
cubalah untuk menghadapinya dengan hati yang sabar, jangan mudah marah,
atau cepat menghukum, sebaliknya kita hendaklah tenang dan bijaksana
dalam menanganinya. Malah kita cuba berprasangka baik terlebih dahulu,
dan andaikan sekiranya kita berada ditempat saudara kita.
5.
Kebiasaanya perbuatan baik akan dibalas baik, jahat akan dibalas
jahat, jarang berlaku pula kebaikan dibalas jahat, dan susah berlaku
apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan, maka inilah sifat dan sikap
orang mukmin yang benar-benar berakhlak jika mampu bersangka baik
sekalipun tidak baik yang berlaku.
6. Kita hendaklah
melatih diri kita agar sentiasa berprasangka baik terhadap semua, suami
isteri mesti berprasangka baik, ibu bapa terhadap anak-anak, majikan
terhadap pekerjanya, sanak saudara bahkan seluruhnya begitulah
sebaliknya, agar terhindar daripada sifat –sifat tercela yang merosakkan
hubungan antara sesama kita.
7. Prasangka baik pula
selagi tidak menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik seseorang.
Sesungguhnya ALLAH SWT bersama dengan prasangka baik hamba-hambaNYA,
dengan prsangka baik akan menjadikan seseorang itu sentiasa dihormati
dan mulia, kerana orang yang menjaga saudaranya daripada sebarang
keburukan, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang keburukan jua di
dunia dan akhirat. Sama-samalah kita menjaga hati agar sentiasa baik dan
sejahtera. WALLAHU’ALAM
--
'' Dan hanyalah kepunyaan
Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia
memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang
telah mereka kerjakan. Dan memberi balasan kepada orang-orangyang
berbuat baik dengan pahala yang lebih baik" (An-Najm: 31)
#Peringatan untuk diriku sendiri yang sering berprasangka buruk#
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih ^_^