INFO

Thursday, 17 January 2013

Pemuda yang Ikhlas Dengan Cinta

Assalamualaikum Semua ..


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan.  Dia amat suka membaca novel dan buku cerita.  Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu halamannya: "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu.  Beberapa hari kemudian, dia menerima balasan.  Gadis itu bersetuju berkawan dengannya.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan.  Persahabatan mula bertukar kepada sayang.  Namun, mereka masih belum pernah bersua muka.  Walaupun begitu, perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang.  Dia berasa amat susah hati.  Dia bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya.  Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti.  Aku akan datang memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah.  Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.  Setelah itu, izinkan aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka, pergilah dia ke medan perang dengan tenang.

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengunguman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi sambil memegang sekuntum mawar merah.  Diperhatikannya setiap gadis yang berada di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang.  Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.  Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah.  Si jejaka sangat terkejut apabila gadis pujaannya amat berbeza dari imaginasinya.  Namun dia memberanikan diri menghampirinya.

"Catrina?"

Gadis itu melihat si jejaka dan tersenyum ceria.  Si jejaka menghulurkan mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat merinduimu.  Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku.  Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu." kata jejaka itu.

Si gadis tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi.  Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi.  Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu di restoran di hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


♥♥♥♥ TAMAT ♥♥♥♥


Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?  Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.  Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina.  Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?  & masihkah ada lagi wujud wanita yang seperti lelaki itu jika dirinya berada dalam situasi pemuda itu?

Sumber : ILuvIslam



#Masih menunggu#

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih ^_^

Welcome

SELAMAT DATANG...TERIMA KASIH....JUMPA LAGI

About Me

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Namaku Nur Fasrah Asro, sy adalah seorang pelajar jurusan Teknologi Komputer Rangkaian di Institut Latihan Industri Kuala Langat (ILPKLS).