INFO

Thursday, 10 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Ini adalah novel pertama yang dibeli secara online. Novel Setia Hujung Nyawa karya  Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Novel setebal 469 muka surat ni akan diadaptasi dalam slot Akasia TV3 pertengahan bulan Disember lepas. Dari ringkasan kulit novel cerita ini nampak menarik dan mencuri perhatian sesiapa yang membacanya.


Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri. 

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih ^_^

Welcome

SELAMAT DATANG...TERIMA KASIH....JUMPA LAGI

About Me

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Namaku Nur Fasrah Asro, sy adalah seorang pelajar jurusan Teknologi Komputer Rangkaian di Institut Latihan Industri Kuala Langat (ILPKLS).